Kerjaya politik Yingluck Shinawatra

Pada 2007 Parti Kuasa Rakyat yang dikaitkan dengan abangnya dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand kerana telah melanggar undang-undang pilihan raya, Thaksin menubuhkan parti lain dan adiknya menjadi pemimpin parti. Ramai penyokong Thaksin tinggal di kawasan pedalaman di utara dan timur laut Thailand. Mulanya Yingluck tidak bersedia memimpin parti dan lebih suka menumpukan bidang perniagaan. Akhirnya dia mengalah selepas menerima surat pelawaan rasmi daripada parti.

Menjelang 2011, ramai ahli Parti Pheu Thai menyokong Mingkwan Sangsuwan melawat Thaksin di Dubai untuk membincangkan keputusannya memilih Yingluck sebagai calon ahli parlimen. Namun Thaksin mengekalkan keputusannya tidak bertanding dan adiknya tidak akan mengkhianatinya.Bukan ahli keluarga tidak semestinya pilihan terbaik. Thaksin menyatakan adiknya itu bukan boneka tetapi klon beliau.Klon bermakna ‘budaya, latar belakang, idea, sikap dan pemikiran yang sama’. Adiknya telah dicalonkan , jadi tidaklah perlu beliau kembali memimpin Thailand.[10] Peluang untuk menang amat cerah kerana memiliki aura kepimpinan seperti Thaksin.

Pada 16 Mei 2011 ahli Parti Pheu Thai memilih Yingluck sebagai calon parti dan secara tradisinya bakal menjadi Perdana Menteri Thailand . Isu kempennya ialah kembalikan perpaduan di kalangan rakyat Thailand.Beliau berjanji tidak akan membalas dendam atas penggulingan abangnya pada 19 September 2006. Taraf hidup rakyat akan diperbaiki dan menamatkan krisis politik berdarah di Thailand. Yingluck turut memberi amaran kepada tentera agar menghormati keputusan pilihan raya dan mengelak melakukan rampasan kuasa. Ketua tentera, Jeneral Prayut Chan-O-Cha berikrar akan mematuhi keputusan pilihan raya dan 18 rampasan kuasa tentera tidak akan berulang .Di Selatan Thailand yang majoritinya orang Islam, beliau dilihat memakai tudung.[11]

Tinjauan oleh Universiti Suan Dusit mendapati Pheu Thai memperolehi 43.16 % undian, diikuti Parti Demokrat (37.45 %), Bhumjaithai (2.64 %), Chartthaipattana (2.64 %) dan Rak Prathetthai (1.43 %).Sebanyak 4.42 % lagi memilih parti-parti lain dan 7.08 % masih belum memikirkan parti pilihan. [12]

Rujukan

WikiPedia: Yingluck Shinawatra http://202.47.224.92/en/news.php?id=255302100028 http://www.cbc.ca/news/canada/story/2011/07/04/f-y... http://www.bangkokpost.com/business/news/389909/yi... http://www.bangkokpost.com/news/politics/245126/po... http://www.bangkokpost.com/news/politics/382021/pm... http://www.bloomberg.com/news/2011-05-16/sister-of... http://edition.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/12/17/ta... http://www.nationmultimedia.com/2011/07/05/nationa... http://www.nationmultimedia.com/home/Thaksin-asset... http://online.wsj.com/article/SB100014240527487042...